Pages

Sunday 14 October 2012

THE STREET CAFE - KOREAN FOOD

Apa plan korang hari ni? Plan saya di petang Ahad ni tak lain tak bukan pergi berjimba.HeHeHe.. Tapi this time bukan dengan gedix.. but dengan my housemate. Saya nak bawa diorang pergi TheStreetCafe - Korean Food yang terletak di SS15 Subang. Before this dah 2 kali makan kat situ. Food dia ok! Nice! So this round dengan housemate sebab dah janji nak bawa diorang datang sini and try.  Kedai ni pernah masuk JJCM. Ada yang pernah ingat tak? And disebabkan JJCM lah kitorang datang sini time tu. Ini picture waktu firstime pergi... Maybe post ni dah outdated sket. Tapi nak cerita gak :)


Menu.... Bulgogi?? Ja Jang??
Kat sini ada macam2 makanan korea & price nya memang berpatutan. Tapi yang paling penting makanan kat sini HALAL.. Kalau makan kat sini memang ada feeling macam kat Korea sebab konsep kedai ni memang macam kat kedai makan Korea yang  kita tgk dalam TV tu. So kalau orang macam saya yang tak mampu pergi Korea tu dapat rasa cam Korea pon jadilah! Penuh post it note diorang tampal kat dinding kedai ni. So saya pun excited nak tampal jugak :) Kalau baca note2 kat wall tu memang kelakar dan cute sangat. Ada yang tinggalkan note2 cinta & ada yang tinggalkan note untuk artis2 KPOP dorang.. Tapi siapa yang baca eh? :)


tunggu makanan..
note2 jiwang... ekekeke

Antara menu wajib kalau korang datang sini ialah ais kacang Korea... Ais kacang ni rasanya lebih kurang sama macam ais kacang yang korang selalu makan. Cuma bezanya ais kacang ni ada bubble and bubble tu meletup dalam mulut. Macam mana tu? So, kenalah try kalau nak tau.


menu wajib.. ais kacang
jemput makan.. 

Tapi  kadang2 orang susah nak terima makanan Korea ni. Mungkin selera tak sama kut. Macam saya jugak susah nak terima makanan Jepun. Tapi takdelah pernah try semua cuma sampai hari ini saya still tak boleh terima sushi. HaHaHa. Serious tak boleh terima. Lain orang lain style. So layan je lah.

Kalau sebut korean food mesti teringat Kimchi. Kimchi ni adalah makanan tradisional Korea. Salah satu jenis sayur masin hasil pemeraman yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan bahan-bahan seperti udang keringsos ikanbawang putihhalia dan serbuk cili merah. Selepas try makan kimchi saya tak tahu whether nak makan lagi tak lepas ni. HeHe

Ok! Apa yang menarik kat sini ialah dinding tangga untuk ke tingkat atas penuh dengan poster artis KPOP!! So siapa yang minat KPOP macam kitorang ni memang sangat teruja datang kat sini.. 


So sangat tak sabar untuk pergi for the 3rd time hari ini.... JOMM!!

-xoxo-

2 comments: